Selamat pagi!
Mmmm aku masih membelek-belek slaid-slaid yang telah dicantumkan oleh temanku (hasil kerja 3 orang). Esok tengahari ada pembentangan, maaf kursusnya sudah lama, tapi esok baru nak bentang! Aaaaahhhh..... Ada ilmu yang kuperoleh sudah kulupa, risau juga ni, macam mana nak bentang esok ni. Tengok slaid yang telah dicantum ni pun aku pening juga. Iyalah 3 orang punya hasilkan...
Buntunya kepalaku. Buntu dengan kerja yang bertimbun dan sesak dengan pelbagai rasa. Uhh!
Macam-macamlah yang berlaku seminggu ni... Dengan tugasan baru(tambahan) ni lagi - yang kesemuanya 'urgent!' dan seolah-olah 'team' tu aku yang handle, eh ye ke?... Tiba-tiba terasa tambah sesak lagi.
Aaaaahhhhh..... Sekarang dah bulan Disember.
1. Awal Januari 2009 ada 1 kerja besar untuk acara sederhana besar
2. Awal Februari 2009 ada 2 kerja besar yang perlu aku bahagikan masa untuk 1 acara besar!
Semua berderet-deret...
Nak mengharung bulan Disember ni pun terlalu mencabar buat diri aku.
Dengan berita tambahan yang Maksu sampaikan padaku jam 10malam tadi... Menambahkan kekalutan-pengurusan hidup aku...
Aku perlu udara segar, aku perlu melihat awan yang biru, aku perlu melihat daunan menghijau, aku perlu melihat laut yang luas, aku perlu merasa aliran hujan yang lebat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan