Hari ini umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha.
Hari ini hari lahir Adik dan Ayah Cu.
Hari ini aku beraya di Rumah Opah.
Tengahari semalam aku dan bonda masak rendang daging. Simpan sedikit untuk Adik yang tidak pulang berhari raya- kena bekerja di atas bukit nun...
Malamnya Bonda hantar aku ke rumah Opah. Terima kasih Bonda, dan Bonda sendiri pulang ke Rumah Templer.
Ada Maksu sekeluarga dan Ayah.
Hari ini seusai solat Aidiladha dan makan bersama, Maksu sekeluarga bertolak ke PD - Ayah Cu, esok pulang.
Tinggallah aku, Ayah dan Aiman.
Petangnya aku bertemu Ayeen, Seni, Mardiah & Shasha puterinya, Radiah, seorang teman Seni dan anak buah Seni, Diana. Gembira sungguh kami, kerana sudah lama tidak ketemu... :)
Kemudian aku dan Ayeen meneruskan perjalanan ke KLCC- nonton wayang... Twilight. Yeah berbaloi, ceritanya sungguh menarik sekali apatah lagi watak Edward Cullen yang sungguh........ hahaha aku dan Ayeen tak habis-habis bercerita tentang Edward.... Menarik sungguh watak tu yang dipegang oleh Robbert Pattinson.... rupanya dia nilah Cedric Diggory dalam Harry Porter Goblet of Fire...
Robbert Pattinson in Twilight Robert Pattinson in Goblet of Fire


Tiada ulasan:
Catat Ulasan