Khamis, 18 Disember 2008

18 Disember 2008 Selamat hari jadi Bonda!

Hari ini hari jadi bonda yang ke 59 tahun.... Hmmm hanya ucapan ringkas yang Melor berikan tengah malam tadi dan kemudian aku telefon bonda pagi tadi.

Hari ini hari yang baik untuk akukah? Dari malam tadi setelah keluar dari pejabat sehinggalah hari ini, banyak perkara yang membengangkan berlaku.

Semalam:
1. Pulang lewat ingin menyiapkan sedikit kerja. :P
2. Lapar
3. Tunggu komuter selama setengah jam dengan perut yang lapar...
4. Di dalam komuter:
i. Ada sepasang kekasih yang bergurau-senda yang menjengkelkanku
ii. Seorang kakak yang kantul dengan konduktor yang memeriksa kerana tidak ada tiket komuter. Dia naik sama denganku dan sepasang kekasih tu dari Stesyen Bank Negara.
iii. Kakak tu tetiba tak ada duit dan dengan muka selama terus minta dengan sepasang kekasih tu - mereka terpinga-pinga. Tapi si awek tu bagi jugalah.
iv. Kakak tu minta no. telefon bimbit awek tu konon nak bayar duit yang dipinjam. -Ceh, konon!
v. Susah nak keluar daripada komuter di KL Sentral kerana orang-orang yang tidak berhati perut tidak memberiku laluan. Sungguh menyakitkan hati!
vi. Nak tambah nilai Touch n Go, tiba-tiba mesin ATM CIMB kat KL Sentral tu dah tak boleh nak buat pula, pejabat Touch n Go tu pula dah tutup. MAka beli tiket manual.
vii. Masa nak naik LRT Putra ada orang putih negara mana entah potong barisan! aaahhh...
viii. Mujur aku boleh berFacebook guna telefon bimbitku di dalam lrt.
ix. Teksi yang kutahan banyak songeh - jauh ke dekat, nak masuk dalam ke. Akhirnya aku bengang, kata takpelah duuummmmm terus tutup pintu, entahlah kuat atau tidak kerana aku pakai 'earphone' -lantaklah.
x. Teksi kedua tidak berhenti padaku, sedangkan aku jelas dan nyata pergi kat teksi tu. Tetapi dia terus ke orang belakangku. Mujurlah teksi di depanku tu OK, mungkin dia nampak ekspresi wajahku yang agak bengang dengan 2 teksi sebelumnya!


-ok sambung di rumah sajalah... nak balik-

Tiada ulasan: