Baru sebentar tadi aku lihat berita yang memaparkan Shah Rukh Khan terima anugerah dari T. S. Khalil Yaakob. Mmmm berbaju Melayu hitam bersampin songket hitam emas lengkap bersongkok... Heheh menarik pula tengok dia begitu... Hahhaa :P Dah kurus pula aku tengok dia. Namun kalau ikutkan aku sendiri sebenarnya kurang setuju anugerah yang diberi kepada dia tu... Mmmm....
Nak kata aku minat dia tu tidaklah. Cuma zaman2 ITM dulu suka jugalah tengok cerita Hindustan dan filem-filem yang dilakonkan tika itu aku suka jugalah. Teringat seorang teman aku ni dulu, sekitar lewat 90an, (masa tu aku dah tak tengok sangat cerita hindustan) suka sangat tengok cerita-cerita hindustan, sampai boleh faham apa yang diorang cakap dan jadi penterjemah pada aku dan kawan-kawan yang lain. Bak kata lain, dia tu memang fanatik Hindustan! Salah seorang teman sebilik aku tu pun memang suka tengok filem Hindustan juga, masa tu aku hairan, teman bilik aku ni pergi nonton wayang Hindustan dengan makciknya? Rasa hairan sungguh waktu tu...
Tak lama selepas tu Shah Rukh Khan menjadi sangat meletup! Kaboommm! Terutamanya setelah filem Kuch Kuch Hota Hai... Semua orang kat Segamat tu jadi demam HIndustan. Di seluruh Malaysia... dan memang waktu tu aku rasa cerita hindustan waktu itu menarik-menarik. Lagunya pun aku suka....
Tapi sampai satu waktu, aku pun dah bosan menonton melainkan cerita yang benar-benar menarik hati aku sampailah sekarang ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan