

Arniza, Farah, Alin, Nadhahtul, Mardiah, Melor dan Seni.
dan seorang teman baru kami : RuziCS CS Mighty Mighty CS! Ooohh yeah!
Perancangan awal nak tengok Australia di GSC Pavilion - kononnyalah! Tetapi hampeh, akhirnya aku keluar rumah lewat. TAk kisahlah, lenkali boleh nonton.
Jam 4petang ada temujanji dengan teman-teman sekolah -SMCS. Yeayyyyyy! Gumbiranya nak jumpa diorang.
Ayeen dan radhiah tak dapat datang, maka aku buat keputusan naik teksi sahaja terus ke sana. Alamak, tetiba hujan lebat pula. Reda sikit, aku melangkah keluar menuju perhentian bas.... Jam 4.45petang barulah dapat teksi.Cheh! Redah sini sana, maklumlah aku ni bukannya hafal kedai-kedai dalam PAvilion tu, kalau KLCC tu bolehlah, barulah jumpa CArlos Restaurant. Aiks tukar tempat pula budak-budak ni. Kata semalam nak makan kat Madam Kwan. Mmmm tak kisahlah.
Seronok giler dapat jumpa diorang ni. Aidiladha jumpa sebahagian, ni tambah lagi cuma tanpa Ayeen dan Radhiah. aaaahhh kalaulah ada lagi ramai lagi happening!
Seronok giler dapat jumpa diorang ni. Aidiladha jumpa sebahagian, ni tambah lagi cuma tanpa Ayeen dan Radhiah. aaaahhh kalaulah ada lagi ramai lagi happening!
Memula makan kat Carlos, lepas tu Seni minta diri kena pulang awal. Kami yang lelain ni merayap ke Parkson, pastu turun di LG sambung bual dan minum kopi ais... aaaahhh menyegarkan.... :)
Aku pulang menumpang kereta Alin - ada RUzi, Farah dan Arniza. :) Sangat senang sekali bertemu kalian!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan